Welcome to the SMK Sacred Heart Swimming Club Website

PERLEMBAGAAN KELAB RENANG (SESI PAGI/PETANG)

 

1. NAMA DAN ALAMAT

    Kelab Renang (sesi pagi dan petang), SMK Sacred Heart, Sibu

 

2.NO. PENDAFTARAN: -

 

3. MATLAMAT

3.1 Kelab Renang bermatlamat menggalakkan pelajar untuk bersukan.

3.2 Meningkatan kesedaran pelajar tentang kebaikan bersukan.

3.3 Menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar.

3.4 Mewujudkan perpaduan antara pelajar.

 

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal.

4.2 Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar.

4.3 Mengasah bakat pelajar dalam sukan berenang.

4.4 Membolehkan pelajar menonjolkan bakat kepimpinan mereka.

4.5 Mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif.

4.6 Membantu pelajar melepaskan tekanan pelajaran dengan cara yang betul.

 

5. KEAHLIAN

5.1 Dibuka kepada semua pelajar Peralihan hingga Tingkatan Enam Atas sahaja.

5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan menghadiri latihan berenang pada hari Sabtu.

      ( pukul 7:00 pagi – 8:30 pagi )

 

6. GURU PENASIHAT

6.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini..( seorang dari sesi pagi dan seorang dari sesi petang)

6.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau

      membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti  dijalankan.

6.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

 

7. AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyaurat Agung.

7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan  AJK.

7.3 Pemilihan AJK secara undian.

7.4 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

7.5 AJK yang hendak meletak jawatan handaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6 Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri;

     

      Pengerusi

      Naib Pengerusi

      Setiausaha 1

      Setiausaha 2

      Bendahari 1

      Bendahari 2

      AJK Publisiti 1

      AJK Publisiti 2

      Juruaudit 1

  

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM1.00.

8.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

 

  

9. KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan  hak-hak keahlian persatuan / kelab.

9.3 Ahli-ahli mesti menghadiri aktiviti sekurang-kurangnya 12 kali setahun.

 

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

 

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah menjadi asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib atau dilucutkan keahliannya.

11.4 Segala kecederaan atau kemalangan semasa menjalankan aktiviti mesti dilaporkan kepada guru bertugas   dengan serta-merta.

11.5 Ahli AJK mesti menghadiri setiap mesyuarat AJK. (AJK mesti menulis surat sekiranya tidak dapat menghadiri  mesyuarat

 

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan / kelab dan tidak mematuhi peraturan yang  ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah seperti berikut:

        12.2.1 Amaran lisan

        12.2.2 Amaran bertulis

        12.2.3 Gantung keahlian

        12.2.4 Pecat keahlian

12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan     tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dupamerkan di papan kenyataan kelab dan disahkan oleh Pengetua.

 

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua  diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

15. HAL – HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

Tandatangan  

 

                                    

 __________      ________                                                                   

 SetiAusaha       Pengerusi                          

 

 

_____________

 Guru Penasihat

 

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

 

  

 ___________________                                  

 Cop Sekolah:                                                       Tarikh: ______________

 Pengetua